Bagi yang sakit jubo,nampak sangat la betul apa yang bear akan ulas lepas ni..bahaha
So kalau bercakap pasal politik Malaysia,1001 malam pun tak tentu habis,bila didebat macam-macam isu boleh keluar..tapi bila kontroversi sana, pendedahan sini, tuduh sana, tepis sini..satu persoalan timbul..
SAPA YANG DOK BUAT KERJA?
Menceburkan diri dalam politik adakah semata bermatlamat menjatuhkan satu sama lain dan berebut kuasa?
Bila dibagi kuasa?apa ja yg dibalas balik?kalau semata buat satu projek pastu nak letak papan tanda besor badak air baik tak payah!
Buat balai raya, buat kemudahan taska dan pelbagai kemudahan rakyat yang lain..then bila kawasan tu tak best dan rakyat buat keputusan nak tukar pemimpin..pihak kalah akan musnahkan semua kemudahan yang dibina juga menggunakan duit rakyat sebenarnya..ya DUIT RAKYAT..banyak sangat la poket bapak dorang nk biaya buat benda-benda tu..tapi pastu senang-senang musnahkan..bajet nak buat sama macam taktik "Bumi Hangus" yang dipraktikkan oleh British masa zaman pendudukan Jepun kat Malaya..
NI SEMUA BANGANG JA!
tak payah nak kata mengata..sebab apa yang bear tengok..dua-dua pihak sama ja..
"Aku patut dilantik menjadi kerajaan..aku akan bawak perubahan" Pakcik Rozaimi berkata
"Aku dah lama pegang pemerintahan..akulah kerajaan!" Pakcik Ismadi pulak menegaskan..
"Aku kumpul duit dari kecik nak beli gelang jari bertatahkan berlian bernilai puluhan juta ni tahu?" tiba-tiba makcik Halimah mencelah..
kih3
Bila rakyat buat aduan..tentang permasalahan yang berlaku atau kesusahan yang menimpa..mereka jarang-jarang dilayan..kalau tak, apa pasal bleh wujud tempat melonggok sampah depan rumah bear?sekali sound sekali datang kemas..macamtu la berkali-kali..longkang tersumbat bagai nak rak tapi dok hantar team fogging seminggu berkali-kali sebab nak basmi Aedes..Tiada Aedes tiada denggiiiii..mcm syiall..clearkan la dulu longkang tu..xde longkang tersumbat..xdela aedes..xdela kepala bapak denggi sekalipun..
"eh ni tipu semua ni..kami buat kerja..jgn men tuduh-tuduh dik..nak kena tangkap ke?" Pakcik pakai Coat mahal dok dalam pejabat aircond sambil berkira-kira nak menambah bini keempat cuba membela diri.
Buat kerja kepalahotakkauuuu...
Kalau semua la pakcik-pakcik dan makcik-makcik pakai coat mahal ni betul-betul buat kerja..bear rasa rakyat Malaysia ni mesti semua hepi-hepi..tak perlu org cari haluan lain untuk membuat aduan ataupun meminta tolong..
Dlm kekalutan,keharubiruan dan kecarcamarbaan itu..
Jeng jeng jeng,teng teng teng,ong kedek kedek..
Datanglah satu pihak yang digeruni ramai yang mendengar masalah-masalah rakyat dan memendekkan serta memudahkan urusan-urusan bersama pihak atasan yang merasakan kuasa ditangan lebih besar dari kepala licin mereka..
SuperTV3!!!
Kah3..ok abaikan personaliti yang tiba-tiba dianugerahkan badan sasa ni dengan kuasa photoshop tahap petala langit kelapan..
Abaikan juga ketidak telusan Booletin Utama, ke entah apa-apaan Melooatdi, kebangangan drama-drama murahan, sinetron-sinetron merapu khinzir yang ditayangkan di saluran ini dan beberapa faktor lain yang sentiasa membuatkan bear tukar ke saluran lain seperti channel E! untuk menonton "keeping up with kardashian"
abaikan..abaikan semua itu..
Apa yang bear nak tekankan,himpitkan dan tindihkan disini ialah knapa kalau buat aduan kat TV3 tindakan susulan yang diambil macam lipas kudung..tiada alasan-alasan x munasabah munasarawak atau munasemenanjung, tiada isu yang dianggap remeh, tiada individu yang dianggap tak penting dan bagai tiada masalah yang tak dapat diselesaikan dengan campur tangan TV3..
Bila TV3 turun padang..baru semua pihak boleh turun padang kerja sama-sama,bermuafakat, bermuhasabah, bertolak ansur, bertimbang rasa, rajin, tekun, dan macam-macam sifat bajet bagus diserlahkan..masalah yang sangkut berpuluh-puluh tahun boleh setel secara mengejut dan silap-silap mengambil masa paling lama hanya seminggu untuk diselesaikan..AJAIB!
So apa yang dapat disimpulmatikan disini..walaupun anda ada buat perkara-perkara nonsense macam menyerbu artis mcm babi hutan,siarkan cerita pari-pari kayangan..tapi selagi anda boleh menjaga kebajikan rakyat dan membuat kerja dengan betul tanpa mengambil kira kepentingan kroni atau tembolok memasing..then acceptable la..x perlu pun nak ada pesta pakai baju kuning atau merah beramai-ramai..men baling-baling bom asap dan sebagainya..x perlu semua tu..banyak lagi pekdah buat benda lain..
yang penting setiap pihak kena buat tugas masing-masing..engkau tawar diri..undi dan pilih tu kerja aku..buat kerja betul-betul lepas dipilih tu la kerja kau..ini tak..dakwa boleh buat kerja,pidato dum dam dum dam last-last bila pilih buat kerja mcm tapir makan semut..sehebat-hebat pemimpin negara kecik yang gila beli kereta mewah bersusun-susun tu pun rakyat dia x mengamuk sebab dia x abaikan rakyat dia..so win-win la?boleh?
kalau x bleh bear report TV3 ni kang..report kang..kang..kangg
dah daftar mngundi nanti..nak undi sapa pun xtaw..dua-dua nampak x boleh harap..undi Y.A.B TV3 kang dia jaja crita indon x abeh-abeh plak naya jaa..
Rasa best?Klik sini.







