Bear tak pelik dengan manusia yang mempunyai zakar terpanjang di dunia..
Bear tak pelik dengan menara paling tinggi di dunia mungkin mencapai ketinggian 1km ke udara..
Tak-tak..bear tak pelik dengan semua itu..sebab dengan kekuasaan yang Maha Kuasa dan Maha Bijaksana..segalanya mampu terjadi..
Tapi bear pelik dengan kaum bear sendiri..
Bear pelik dengan MELAYU..
Pelik bila Melayu egonya tinggi menjulang walaupun sebenarnya dengan tanah-tanah dan badannya hampir terdagang..
Pelik bila Melayu marah identitinya diperkotak-katikkan sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa identiti mereka..
Pelik bila Melayu marah kaum lain cuba menentang atau mencabar mereka..sedangkan sesama Melayu berlepuk-lepuk sesama sendiri..
Pelik bila Melayu terlalu pandai menilai, bersongkok itu terus alim,bertudung itu terus muslimah,kerja kat warung,kilang, Giat Mara itu terus penagih,pencacai,tak berguna..tidak bertudung itu terus jalang..kata Melayu..
Peliknya Melayu bila sesuatu membawa ke untungan kepada mereka semua akan gunakan agama ,jaja nama dan agama islam,kononnya merekalah pejuang fisabilillah..tapi berbabi-babi...
Pelik bila Melayu merasakan pentingnya dan hebatnya segulung sijil melebihi keupayaan atau kemampuan individu..
Pelik bila Melayu baru menjadi samseng kampung berlagak umpama satu Malaysia telah dipegangnya..bagai presiden Amareka pun kecut telo melihatnya..
Pelik bila Melayu mempertahankan budayanya namun tidak pernah tahu pun apa yang mereka pertahankan..
Pelik bila Melayu terlebih orang putih dari orang putih itu sendiri..
Pelik bila Melayu memperjuangkan bahasa dan bangsa mereka..sedangkan mereka telah lama lupa untuk berbudi bahasa sesama bangsa-bangsa yang wujud..
Pelik bila Melayu mula makan provok macam makan nasik..
Pelik bila Melayu terlalu taksub dengan sesuatu..
Pelik bila akal anak-anak Melayu lebih pendek dari jarak mereka wheelie moto kapcai buruk mereka..
Pelik bila Melayu cenderung melihat dari sempitnya kanta DSLR berbanding melihat dunia ini dengan lebih jelas dan memahami segala isi maksudnya..
Pelik bila banyak ibu-bapa Melayu terlupa membantai anak mereka hingga mereka dibantai semula apabila mereka tua dan anak-anak telah dewasa..
Pelik bila anak Melayu lebih arif tentang Knowledge budaya luar melebihi budaya mereka sendiri..
Pelik bila anak Melayu lebih megah terkinja-kinja dengan panggilan.."Bro,bro,bro" daripada panggilan "Abang,sedara,cik.."
Pelik apabila kecanggihan telefon bimbit terbaru bagai menggambarkan saiz kemaluan Melayu masa kini..
Pelik bila Melayu lebih pandai menilai siapa lebih layak ke neraka,dan siapa yang memang menjadi calon neraka bagaikan mereka pernah bekerja menjaga pintunya..
Pelik bila "BABI KAU NI" lebih besar impaknya berbanding "Fak YIU"..
Pelik apabila kebanyakkan Melayu lebih hebat mengKAFIRkan dan melabel seseorang itu JAHIL tanpa melihat cermin terlebih dahulu..
Pelik bila zapin,inang,gamelan dan gurindam ditertawakan sedangkan shuffle dan Jastin Birbir diagungkan bagai mendapat rahmat jika berbuat begitu..
Pelik bila perempuan Melayu lebih merasakan ada tudung maka semua ok..pakai tudung sambil makan 'aiskrim' itu ok,sambil men korek-korek pun ok..janji pakai tudung smua baik..AUTOMATIK!
waima pakai tudung dengan baby-T sekalipun..tak termasuk yang pakai tudung untuk sorok gigitan cinta..kan kesian bagi mereka yang betul-betul ikhlas menutup aurat?
Pelik apabila anak Melayu banyak jadi BADUT tak berbayar di kompleks-kompleks membeli belah terutamanya di ibu negara..
Pelik bila Melayu gebang pukul sana sini tapi tak ada sorg pun berani pergi berjuang kat Palestin,Iraq mahupun Afghanistan..
Pelik bila tengok Melayu pakai pakaian bulu-bulu,jaket kulit,dan segala jadah sedangkan kat Malaysia ni salji tak pernah turun,hujan pun bukannya hari-hari..
Pelik bila anak Melayu lebih terkejar-kejar nak masuk rancangan realiti TV dari berkejar-kejar masuk Universiti..
Pelik bila Melayu merasakan USIA yang melambangkan kecemerlangan dan kematangan..bukannya pencapaian atau kelebihan individu...
Pelik bila Melayu terhegeh-hegeh nak ikut budaya buruk orang luar tapi budaya yang baik seperti amalan membaca dan buat kerja bersungguh-sungguh tidak pula diikuti..
Pelik bila Melayu hanya mengharapkan hak keistimewaan yang diperoleh dari zaman purba sahaja untuk berjaya..tetapi takut bersaing dengan bukan bumiputera..
Pelik bila Melayu lebih mudah mengangkat parang ke muka kawan berbanding lawan..
Pelik bila lihat Melayu kita dah mula jadi kuli di tanah sendiri..
Pelik bila melihat rata-rata Melayu yang lebih keliru tentang identiti jantina mereka berbanding bangsa lain..
Pelik bila melihat lebih ramai Melayu yang mati katak kerana merempit berbanding bangsa lain..
Pelik bila melihat lebih ramai Melayu yang jadi penagih berbanding bangsa lain..
Pelik lihat Melayu berpecah sesama sendiri disebabkan fahaman politik,status,negeri,sekolah dan macam-macam lagi..
Pelik bila Melayu melenting apabila dikatakan MALAS..tapi hakikatnya itulah kita..
Pelik bila Melayu melenting apabila dikatakan BODOH..tapi hakikatnya itulah kita..
Pelik bila Melayu melenting apabila ditegur cara KASAR..tapi hakikatnya itulah kita..
Pelik bila Melayu benar-benar meLAYU...
Pelik bila Melayu ni banyak sangat benda yang pelik sampai bear tak larat nak tulis..
Kalau ada yang termiss...korang la tambahkan..tak larat nak tulis and pikir dah...
Pelik!
Rasa best?Klik sini.
7 Komen je:
mmg pon.,melayu sekarang yg semakin pelik.,sebuk nk rebut kuasa., sumpah sana, sumpah sini., jatuhkan org sana, jatuhkan org sini.,sbb nk tuduk atas.,nk kan pangkat.,sedangkan bangsanya sndri ramai yg bermasalah, ditindas.,miskin dibumi sndri.,
aish.,melayu melayu.,makin melayu-layu~
-baca entry ni dan taip komen berbackgroundkn lagu 1melayu by SOG. ^^ tu yg semangat~
typing error- *duduk
Haha rasyid2..xpe..kita ambik iktibar and cuba jangan jadi melayu yang terlalu tipikal sangat...btw..kat tempat aku mmg org ckp duduk tu tuduk pun AHAHAHA
haha! ok la tu.
konon nk try support kesilapan aku.,hehe
-ok, menjadi, aku rase disupport~
ahahahaa baik x aku?baik x?LOL
hahaha!.,sgt baik~(aku pon support2 ko la krenya.,hehe)
Support menyaport amalan muliaaa
Post a Comment