Monday, August 8, 2011

Y.A.B TV3 Media Prima A.M.N, P.J.K, C.I.A, F.B.I, W.T.F, L.M.A.O

Tajuk entri kali ni tidak langsung bertujuan untuk mengintai tirai kamar pakcik ISA sedikitpun..
Bagi yang sakit jubo,nampak sangat la betul apa yang bear akan ulas lepas ni..bahaha

So kalau bercakap pasal politik Malaysia,1001 malam pun tak tentu habis,bila didebat macam-macam isu boleh keluar..tapi bila kontroversi sana, pendedahan sini, tuduh sana, tepis sini..satu persoalan timbul..

SAPA YANG DOK BUAT KERJA?

Menceburkan diri dalam politik adakah semata bermatlamat menjatuhkan satu sama lain dan berebut kuasa?
Bila dibagi kuasa?apa ja yg dibalas balik?kalau semata buat satu projek pastu nak letak papan tanda besor badak air baik tak payah!

Buat balai raya, buat kemudahan taska dan pelbagai kemudahan rakyat yang lain..then bila kawasan tu tak best dan rakyat buat keputusan nak tukar pemimpin..pihak kalah akan musnahkan semua kemudahan yang dibina juga menggunakan duit rakyat sebenarnya..ya DUIT RAKYAT..banyak sangat la poket bapak dorang nk biaya buat benda-benda tu..tapi pastu senang-senang musnahkan..bajet nak buat sama macam taktik "Bumi Hangus" yang dipraktikkan oleh British masa zaman pendudukan Jepun kat Malaya..

NI SEMUA BANGANG JA!

tak payah nak kata mengata..sebab apa yang bear tengok..dua-dua pihak sama ja..

"Aku patut dilantik menjadi kerajaan..aku akan bawak perubahan" Pakcik Rozaimi berkata
"Aku dah lama pegang pemerintahan..akulah kerajaan!" Pakcik Ismadi pulak menegaskan..
"Aku kumpul duit dari kecik nak beli gelang jari bertatahkan berlian bernilai puluhan juta ni tahu?" tiba-tiba makcik Halimah mencelah..

kih3

Bila rakyat buat aduan..tentang permasalahan yang berlaku atau kesusahan yang menimpa..mereka jarang-jarang dilayan..kalau tak, apa pasal bleh wujud tempat melonggok sampah depan rumah bear?sekali sound sekali datang kemas..macamtu la berkali-kali..longkang tersumbat bagai nak rak tapi dok hantar team fogging seminggu berkali-kali sebab nak basmi Aedes..Tiada Aedes tiada denggiiiii..mcm syiall..clearkan la dulu longkang tu..xde longkang tersumbat..xdela aedes..xdela kepala bapak denggi sekalipun..

"eh ni tipu semua ni..kami buat kerja..jgn men tuduh-tuduh dik..nak kena tangkap ke?" Pakcik pakai Coat mahal dok dalam pejabat aircond sambil berkira-kira nak menambah bini keempat cuba membela diri.

Buat kerja kepalahotakkauuuu...

Kalau semua la pakcik-pakcik dan makcik-makcik pakai coat mahal ni betul-betul buat kerja..bear rasa rakyat Malaysia ni mesti semua hepi-hepi..tak perlu org cari haluan lain untuk membuat aduan ataupun meminta tolong..

Dlm kekalutan,keharubiruan dan kecarcamarbaan itu..
Jeng jeng jeng,teng teng teng,ong kedek kedek..
Datanglah satu pihak yang digeruni ramai yang mendengar masalah-masalah rakyat dan memendekkan serta memudahkan urusan-urusan bersama pihak atasan yang merasakan kuasa ditangan lebih besar dari kepala licin mereka..

SuperTV3!!!


Kah3..ok abaikan personaliti yang tiba-tiba dianugerahkan badan sasa ni dengan kuasa photoshop tahap petala langit kelapan..

Abaikan juga ketidak telusan Booletin Utama, ke entah apa-apaan Melooatdi, kebangangan drama-drama murahan, sinetron-sinetron merapu khinzir yang ditayangkan di saluran ini dan beberapa faktor lain yang sentiasa membuatkan bear tukar ke saluran lain seperti channel E! untuk menonton "keeping up with kardashian"

abaikan..abaikan semua itu..

Apa yang bear nak tekankan,himpitkan dan tindihkan disini ialah knapa kalau buat aduan kat TV3 tindakan susulan yang diambil macam lipas kudung..tiada alasan-alasan x munasabah munasarawak atau munasemenanjung, tiada isu yang dianggap remeh, tiada individu yang dianggap tak penting dan bagai tiada masalah yang tak dapat diselesaikan dengan campur tangan TV3..

Bila TV3 turun padang..baru semua pihak boleh turun padang kerja sama-sama,bermuafakat, bermuhasabah, bertolak ansur, bertimbang rasa, rajin, tekun, dan macam-macam sifat bajet bagus diserlahkan..masalah yang sangkut berpuluh-puluh tahun boleh setel secara mengejut dan silap-silap mengambil masa paling lama hanya seminggu untuk diselesaikan..AJAIB!

So apa yang dapat disimpulmatikan disini..walaupun anda ada buat perkara-perkara nonsense macam menyerbu artis mcm babi hutan,siarkan cerita pari-pari kayangan..tapi selagi anda boleh menjaga kebajikan rakyat dan membuat kerja dengan betul tanpa mengambil kira kepentingan kroni atau tembolok memasing..then acceptable la..x perlu pun nak ada pesta pakai baju kuning atau merah beramai-ramai..men baling-baling bom asap dan sebagainya..x perlu semua tu..banyak lagi pekdah buat benda lain..

yang penting setiap pihak kena buat tugas masing-masing..engkau tawar diri..undi dan pilih tu kerja aku..buat kerja betul-betul lepas dipilih tu la kerja kau..ini tak..dakwa boleh buat kerja,pidato dum dam dum dam  last-last bila pilih buat kerja mcm tapir makan semut..sehebat-hebat pemimpin negara kecik yang gila beli kereta mewah bersusun-susun tu pun rakyat dia x mengamuk sebab dia x abaikan rakyat dia..so win-win la?boleh?

kalau x bleh bear report TV3 ni kang..report kang..kang..kangg

dah daftar mngundi nanti..nak undi sapa pun xtaw..dua-dua nampak x boleh harap..undi Y.A.B TV3 kang dia jaja crita indon x abeh-abeh plak naya jaa..


Rasa best?Klik sini.

Wednesday, August 3, 2011

Hero dan identiti

Meh kita klasifisikasifikikan (kah3 mau berbelit lidah sebut) jenis-jenis hero dan identiti mereka


Hero tamil- Ok, disebabkan ni kategori hero feveret bear..so yang ni akan menjadi 1st untuk dikupas.. Kalau cakap pasal hero tamil ni kan..pergh jgn cerita logik la.. semua aksi perlakuan ganas dan tak berperikemanusiaan atau berperikebinatangan hero-hero itu mestilah wajib melanggar hukum alam, fizik, kimia, biologi, sejarah, matematik tambahan, lukisan kejuruteraan dan lain-lain..

Additional point: Sound effect iringan yang tahap dewa, rambut tetap rapi,kalah dulu tapi pasti akan menang kendian-kendian,terer menari, ramai member yang jugak terer menari walaupun tak tahu entah dari mana datang, menawan, suara tiba-tiba boleh jadi sedap, cakap melebihi kelajuan sebuah kereta perodua kancil.

Contoh: Rajinikanth, Vijay, Kamal Haasan


 Hero Hindustan: Ok ni pun antara feveret gak and tak jauh beza sangat dengan hero tamil, cuma terdapat sedikit perbezaan dan ada stendet sendiri la kunun berbanding hero tamil..so called Bollywood kannn...so mostly ciri-ciri yang sama just mereka lebih hensem, bagi yang badan ketul-ketul mesti mau tayang (ini tamil jarang ada), nampak lebih romantis dan moden (cerita robot Rajnikanth dikecualikan)

Additional point:Hampir sama dengan hero tamil (cuma cakap kurang laju), lakonan yang mampu menggugat jiwa raga dari budak pompuan darjah satu sampai makcik yang dah bongkok tiga ramai cucu, mudah menangis, banyak dapat supply ayat-ayat power dari script writer.

Contoh:Shah Rukh Khan, Radhi Khalid, Hrithik Roshan, Salman Khan


Hero wacha! (Kung Fu): Golongan-golongan yang juga melanggar hukum alam apabila berusaha keras untuk membuktikan..pendek bukan lembik!sepet bukan kabur penglihatan! (racist statement alert) namun harus tabik sebab golongan ini mewakili orang Asia hingga ke tahap Hollywood..jarang-jarang dilihat melakukan aksi romantis terlampau..namun banyak terlibat dengan crita polis lawan penjahat..yela..takkan cerita berguling-guling di ladang tea cameron highlands nak ada kungfu-kungfu plak..

Additional point: Pergerakan tangan laju gaban walaupun hakikatnya harmless dan x memudaratkan sangat..kalau di slowmotionkan kadang-kadang nampak macam main tepuk amai-amai jep..mostly watak-watak yang berlakon di samping hero pun taw lawan gak sikit-sikit..boleh lawan makhluk bersaiz gergasi, boleh terbang-terbang and bila lawan je ada tepung keluar..(ada rongga macam spiderman kot..tp instead bawak keluar spider web,bleh kluarkan tepung)

Contoh:Jackie Chan, Bruce Lee, Khairul Fahmi Che Mat, Lee Chong Wei


Hero Hollywood: Kalau bercakap pasal hero hollywood..ianya lebih kepada gabungan script,special fx, environment, camera angle dan juga memang sebab hero mereka yang pandai menjiwai watak yang menyebabkan hero-hero ni tampak hebat dan gagah walaupun pada hakikat sebenar kadang-kadang mereka ni berlakon depan screen hijau sahaja..especially bila adengan letop-letop..gila kau..calar muka kang..aset tuu..asett

Additional point: Senang cakap mereka-mereka ni sangat-sangat menjiwai watak hingga menyebabkan lakonan tu nampak real dan kita pun enjoyh bila tengok,karakter yang sentiasa nampak perfect hingga semessy mana pun mereka..gadis-gadis tetap terliur tengok..tak paham aku..

Contoh: Johnny Depp, Brad Pitt, Beruang Kutub Utara, Tom Hanks


Hero Korea dan Jepun:Kedua-dua kategori hero ni telah digabungkan sbb bear tak rasa bernafsu sangat nak komen tambahan banyak persamaan antara keduanya..so apa yang dapat disimpulkan, hero-hero bermuka cantik,jernih,suci kelihatan kewl dan romantis sentiasa..kurang sifat kejantanan dan mempunyai bakat menghasilkan suara kecik..sorry to say tapi ada sesetengah hero ni  muka3 susah nk beza dengan heroin..hua3

Additional point:Sangat-sangat berkebolehan dalam mempamerkan aksi-aksi yang membuatkan gadis-gadis berkata, "awwww,shoooo shweeeeeeettttttt"

Contoh:Errr...korea ni bear taw Girls' Generation jep..jepon plak..urm jap..hero ultraman taro tu nama ape tah?


 Hero Melayu:Hurm..ok susunan hero-hero ni disusun mengikut tahap feveret bear...dari yang paling minat sampai tahap paling myampah..so paham-paham ambik la..siapakah hero melayu?mereka-mereka yang akan mengucapkan ayat-ayat seperti , "Liza, you dah tak sayang kat I ke?sampai hati you..walaupun I dah mendua tigakan you..tapi I ada hak untuk disayangi Liza...Liza pleasee.."..dan juga ayat-ayat seperti.. "eh bro,rilek la..semua ni xde pape..mesti bleh setell" serta lakonan-lakonan yang nampak sangat lakonan,plus facial expression yang haram tak pernah real langsung,plus kualiti lakonan tak setara mana tapi gosip gempak gaban..(plus,pengarah melayu juga jenis muka xtaw malu..asal cerita dorg je mesti nak berlakon sekali bajet best..)

Additional point:Sangat-sangat berkemampuan untuk buat bear tukar channel tv, tidak membeli tiket wayang dan berfikir sebanyak empat belas ratus kali untuk download movie mereka secara haram di internet..

Contoh:Supir bin Supian, Zahari bin Ayob, Wahab bin Yunus


Rasa best?Klik sini.